Wednesday, January 30, 2013

Tidur selepas ASAR & SUBUH,,,x boleh tau..

Sabda Nabi: Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath) Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: “Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan? Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi) maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh. ‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini) Hukum Tidur Selepas Waktu Asar : Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan: Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari. Ibn Qaiyim menambah: “Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).” Setengah ulama mengatakan: “Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

/>

SOLAT created by memy

NASIHAT BUATMU TEMAN
Wahai sahabat2ku,
kita nie makin lama makin tua kan?tapi otak makin reput dimakan anai-anai,mana taknye kalau asik tidur je,
rutin harian lagi-lagi duduk kolej nie kan,bebas ! buat ape pon org lain peduli hape...sabtu & ahad bangun pon pukul 11 pagi pastu g makan kt kafe , lepas balik sambung tidur bangun pokol 7 ptg gosip2 smpai pkul 2 malam pon tak tidur2...mcm tuh lah seterusnya smpai abis blaja..ehh2,layan movie baru.. lupe pulak nak state..

Ada yg kata: ehh2,minah nie aku walaupun macam tuh solat lah weyhh..ramai 
member2 aq yg solat pon x tau.. 

yes ! baguslah solat itu menunjukkan korang faham apa itu Islam,
   sebab benda yg pertama akan di hisab itu adalah solat,ramai yg tahu tapi still susah nak lakukan..


  Rasulullah (S.A.W) Bersabda :
  "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."



ha,jum kongsi tips nieh, :)
 ***JANGAN sekali-kali fikir kita akan hidup selepas solat nie***,
 selalunya time2 solat la SETAN (musuh kita yg nyata) akan berbisik..
contohnya:lepas nie nak update FB,kadang2 waktu tuh juga kita teringat barang kehilangan kita letak kat mana kan ? maknanya tak khusuk lagi laa tuh,,

situasi pertama
setan : ko tak lapar ke? g makan kat kafe B,ayam die pehh....takyah g masjid tuh solat kat bilik je laa..lagipon assignment banyak nieh.. bila nak buat ? esk dah laa exam tak study lagi...





situasi kedua,

Wahai tuhan ku,berilah aq ketenangan apa yg aku harapkan adalah keredoaanmu wahai tuhanku,,sesungguhnya aq mengetahui dunia itu sementara..hidupku,matiku,segala ibadahku,dan solatku hanya lah kepadamu..
 Terserah nak pilih yg mana,tp buatlah kerana allah,dan di mana shaja kita berada..awalkan waktu solat,jangan banyak bergerak dalam solat,dan mata janganlah lalai pandang tempat lain,pandanglah tempat sujud..
solat berjemaah adalah satu tuntutan..27 KALI GANDA PAHALANYA,drpd solat seorang diri..jangan malu untuk melakukan solat, tapi malulah untuk melakukan MAKSIAT !

betulkan akhlak,
ikhlaskan Solat pasti berkat
DUNIA AKHIRAT..  :D